anda ingin cuci Karpet Pejabat Anda?

Anda datang ke tempat yang tepat! THECUCI menawarkan perhidmatan mencuci karpet pejabat anda dari sekecil-kecil karpet perhiasan kepada sebesar-besar karpet di pejabat anda! Dengan tim profesional dan mesin cuci berteknologi tinggi, kami memberi jaminan bahawa karpet anda akan bersih seperti ia baru dibeli. Jom cuci dengan THECUCI, pakar pencuci karpet anda!

mahu cuci karpet pejabat anda?
hubungi kami sekarang!
* whatsapp/telegram/call terus

kenapa anda perlu cuci karpet pejabat anda?

kotoran
Terdapat banyak kotoran karpet yang tertanam dalam celah-celah bulu / cerucuk karpet, belum kira lagi bakteria, kuman dan virus di karpet anda yang tidak mungkin mampu dihapuskan dengan menyapu atau vakum kering sahaja.
vacuum
Vakum kering yang biasa digunakan di rumah tidak mampu untuk membersihkan segenap inci karpet anda. Sekiranya vakum bertenaga biasa tidak mampu membersihkan semua kuman yang bersarang di karpet, cuba bayangkan jika anda hanya menyapu karpet anda selama ini?
karpet
Kebersihan karpet pejabat anda boleh memberi kesan kepada kesihatan anda dan rakan-rakan sekerja yang lain kerana ia boleh mempengaruhi kualiti udara di pejabat. Oleh itu, cucilah karpet pejabat anda setiap 6-8 bulan.

kekerapan mencuci karpet pejabat anda?

Saranan kami adalah cucilah karpet anda sekurang-kurangnya sekali setiap 6-8 bulan! Kenapa?

  • Bergantung kepada berapa ramai orang yang menggunakan karpet tersebut, 6-8 bulan adalah masa sesuai untuk mencuci karpet kerana kotoran yang kita lihat dan bersihkan dengan sapu / vakum biasa adalah hanya sebahagian kecil daripada kotoran yang sebenarnya ada di karpet kita;
  • ~90% daripada kotoran karpet tertanam di celah-celah cerucuk karpet;
  • Karpet dah beli mahal-mahal mestilah nak jaga kualiti supaya tahan lama;
  • Karpet yang kotor berpotensi untuk mempengaruhi kualiti udara dalam pejabat; dan
  • Mewujudkan persekitaran yang sihat dan memberi keselesaan kepada semua pekerja.
cuci-karpet

proses cucian
Karpet Pejabat

1

Buat order secara online ataupun whatsapp, pilih slot cucian dan buat bayaran.

2

Sekiranya saiz karpet adalah kecil, kami akan mengambil karpet tersebut dan membersihkannya dalam masa 2-6 hari. Kami akan menghubungi anda untuk menghantar karpet tersebut ke rumah anda apabila ia siap.

3

Sekiranya saiz karpet adalah besar, kami akan mencuci karpet di premis pejabat anda sehingga ia betul-betul bersih dan kering.

Lihat bagaimana kami cuci karpet pejabat anda!

  • pra-vacuum

    Pra-Vakum

    Vakum segala kotoran di permukaan. Langkah ini penting supaya segala kotoran yang boleh dilihat oleh mata kasar telah dibersihkan.

  • semburan

    Semburan Bahan Cucian

    Semburan ini bertujuan untuk menghilangkan kotoran-kotoran yang telah melekat di celah-celah cerucuk karpet.

  • pemberusan

    Pemberusan

    Kami menggunakan mesin berteknologi tinggi untuk memastikan bahan pencuci mengenai setiap bahagian karpet dan kemudiannya memberus dan menyental segenap sudut karpet tersebut.

  • mendalam

    Pembersihan Mendalam

    Langkah seterusnya melibatkan penggunaan mesin pengekstrak karpet yang menggunakan haba (air panas) untuk membersihkan bahagian karpet yang sukar ditembusi. Serat-serat karpet yang dibersihkan dengan cara ini akan tidak mudah berkedut berbanding dengan kaedah stim. Pembersihan dengan cara ini juga memudahkan proses pengeringan kerana ia menyedut air dan kotoran sekaligus.

  • pengeringan

    Pengeringan

    Selepas karpet habis dicuci, ia akan dikeringkan sehingga ia betul-betul kering untuk mengelakkan ia berbau hapak.

Servis yang ditawarkan oleh THECUCI

mahu cuci karpet pejabat anda?
hubungi kami sekarang!
* whatsapp/telegram/call terus