Anda datang ke tempat yang tepat! THECUCI menawarkan perhidmatan mencuci karpet rumah anda dari sekecil-kecil karpet perhiasan kepada permaidani mahal anda! Dengan tim profesional dan mesin cuci berteknologi tinggi, kami memberi jaminan bahawa karpet anda akan bersih seperti ia baru dibeli. Jom cuci dengan THECUCI, pakar pencuci karpet anda!
Pra-Vakum
Vakum segala kotoran di permukaan. Langkah ini penting supaya segala kotoran yang boleh dilihat oleh mata kasar telah dibersihkan.
Semburan Bahan Cucian
Semburan ini bertujuan untuk menghilangkan kotoran-kotoran yang telah melekat di celah-celah cerucuk karpet.
Pemberusan
Kami menggunakan mesin berteknologi tinggi untuk memastikan bahan pencuci mengenai setiap bahagian karpet dan kemudiannya memberus dan menyental segenap sudut karpet tersebut.
Pembersihan Mendalam
Langkah seterusnya melibatkan penggunaan mesin pengekstrak karpet yang menggunakan haba (air panas) untuk membersihkan bahagian karpet yang sukar ditembusi. Serat-serat karpet yang dibersihkan dengan cara ini akan tidak mudah berkedut berbanding dengan kaedah stim. Pembersihan dengan cara ini juga memudahkan proses pengeringan kerana ia menyedut air dan kotoran sekaligus.
Pengeringan
Selepas karpet habis dicuci, ia akan dikeringkan sehingga ia betul-betul kering untuk mengelakkan ia berbau hapak.