anda ingin cuci Tilam Anda?

Anda datang ke tempat yang tepat! THECUCI menawarkan perhidmatan mencuci tilam anda dengan berkualiti! Dengan tim profesional dan mesin cuci berteknologi tinggi, kami memberi jaminan bahawa tilam anda akan bersih seperti ia baru dibeli. Jom cuci dengan THECUCI, pakar pencuci karpet anda!

mahu cuci tilam anda?
hubungi kami sekarang!
*Klik nombor untuk whatsapp

kenapa anda perlu cuci tilam anda?

kotoran
Kadang-kala anda tertumpahkan air ke atas tilam anda. Sesekali, anda makan pizza di atas katil anda. Sisa dan cebisan daripada air dan makanan tersebut menyebabkan bakteria, kuman dan virus membiak di tilam anda.
vacuum
Vakum kering yang biasa digunakan di rumah tidak mampu untuk membersihkan segenap inci tilam anda. Sekiranya vakum bertenaga biasa tidak mampu membersihkan semua kuman yang bersarang di tilam, cuba bayangkan jika anda hanya menepuk-nepuk tilam anda selama ini?
karpet
Tilam adalah tempat kita tidur dan kita menggunakannya pada setiap hari. Kebersihan tilam anda adalah penting kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan anda. Oleh itu, cucilah tilam anda setiap 6-8 bulan.

kekerapan mencuci tilam anda?

Saranan kami adalah cucilah tilam anda sekurang-kurangnya sekali setiap 6-8 bulan! Kenapa?

  • Bergantung kepada berapa ramai orang yang menggunakan tilam tersebut, 6-8 bulan adalah masa sesuai untuk mencucinya kerana kotoran yang kita lihat dan bersihkan dengan menepuk / sapu / vakum biasa adalah hanya sebahagian kecil daripada kotoran yang sebenarnya ada di tilam kita;
  • Tilam dah beli mahal-mahal mestilah nak jaga kualiti supaya tahan lama;
  • Tilam yang kotor berpotensi untuk mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan kita; dan
  • Mewujudkan persekitaran yang sihat dan memberi keselesaan kepada seisi keluarga.
cuci-tilam

proses cucian
tilam

1

Buat order secara online ataupun whatsapp, pilih slot cucian dan buat bayaran.

2

Kami akan mengambil tilam tersebut dan membersihkannya dalam masa 2-6 hari.

2

Kami akan menghubungi anda untuk menghantar tilam tersebut ke rumah anda.

Lihat bagaimana kami cuci tilam anda!

  • pra-vacuum

    Pra-Vakum

    Vakum segala kotoran di permukaan. Langkah ini penting supaya segala kotoran yang boleh dilihat oleh mata kasar telah dibersihkan.

  • semburan

    Semburan Bahan Cucian

    Semburan ini bertujuan untuk menghilangkan kotoran-kotoran yang telah melekat di celah-celah tilam.

  • pemberusan

    Pemberusan

    Kami menggunakan mesin Upholstery Cleaner berteknologi tinggi untuk memastikan bahan pencuci mengenai setiap bahagian tilam dan kemudiannya memberus segenap sudut tilam tersebut.

  • pengeringan

    Pengeringan

    Selepas tilam habis dicuci, ia akan dikeringkan sehingga ia betul-betul kering untuk mengelakkan ia berbau hapak.

Servis yang ditawarkan oleh THECUCI

mahu cuci tilam anda?
hubungi kami sekarang!
*klik nombor untuk whatsapp